Rasulullah SAW melihat Syurga dan Neraka

25.7.13 endahrika 0 Comments

Ternyata wanita lebih mudah masuk surga. Tetapi kenapa banyak juga diantara yang menjadi penghuni neraka?

"Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita." (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Dalam kisah sholat gerhana matahari, Rasulullah SAW dan para sahabatnya melakukan sholat gerhana dengan solat yang panjang, Rasulullah SAW melihat Syurga dan Neraka. Ketika baginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:
" … Dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita."
Para sahabat pun bertanya : "Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?"
Baginda SAW menjawab : "Karana kekufuran mereka."
Kemudian ditanya lagi : "Apakah mereka kufur kepada Allah?"
Baginda menjawab: "Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ " (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
"“ … Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian." (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

0 komentar: