Kunci Surga : Taat pada Suami

25.7.13 endahrika 0 Comments



Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya. (HR Nasa’i)

Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’i) maka haram baginya mencium wangi Syurga. (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam. Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami. (HR Al- Bukhari)

Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya nescaya dia akan masuk syurga. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. (Hadis Riwayat Ahmad)

Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.

Ya Allah pencipta langit dan bumi beserta seluruh isinya. Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara, tenang ketika gundah, diam ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian.

Ya Allah, Ya Wahhaab, Ya Majid ampunilah kami. Jadikanlah kami wanita yang sholeha, yang takut dan hormat terhadap suami, patuh serta taat terhadap suami, senantiasa menjaga kehormatan suami, dan selalu menyanyanginya. Jagalah tutur kata kami Ya Rabbana, jangan jadikan kami wanita yang mudah mengeluh dan selalu mensyukuri Nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami.

Ya Allah Ya Kareem, Ya Fattah, jadikanlah kami manusia yang selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq, sebijaksana Umar bin Khattab, sedermawan Utsman bin Affan, sepandai Ali bin Abi Thalib, sesederhana Bilal, setegar Khalid bin Walid radliallahu’anhum. Amin ya Rabbal’alamin.

0 komentar:

Sebab yang menjerumuskan kaum wanita ke dalam Neraka

25.7.13 endahrika 0 Comments

1. Kufur Terhadap Suami dan Kebaikan-Kebaikannya
"Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya." Sabda Rasulullas SAW.
Seorang isteri yang mengingkari kebaikan-kebaikan suaminya selama sekian waktu yang panjang hanya dengan sikap suami yang tidak sesuai dengan kehendak isteri sebagaimana kata pepatah,’panas setahun dihapus oleh hujan sehari’. Seharusnya seorang isteri bersyukur terhadap apa yang diberikan suaminya

2. Durhaka Terhadap Suami
“Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Berbicara kasar dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya. Atau ia memenuhinya tetapi dengan wajah yang menunjukkan rasa tidak senang atau lambat mendatangi suaminya. Membicarakan perbuatan suami yang tidak ia sukai kepada teman-teman atau keluarganya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara’. Atau ia menuduh suaminya dengan tuduhan-tuduhan yang bermaksud untuk menjatuh dan merosak kehormatannya sehingga suaminya dipandang hina di mata orang lain. Begitu juga apabila seorang isteri meminta talak atau di khulu’ (dicerai) tanpa sebab syar’i. Atau ia mendakwa telah dianiaya atau dizalimi suaminya atau lain-lainnya.
Apabila seorang isteri tidak mau melayani keperluan batiniyah suaminya atau bermuka masam ketika melayaninya atau menghindari suami ketika hendak disentuh dan dicium atau menutup pintu ketika suami hendak mendatanginya. Apabila seorang isteri keluar rumah tanpa izin suaminya walaupun hanya untuk mengunjungi kedua orang tuanya. Tindakan ini sebenarnya adalah seakan-akan seorang isteri lari dari rumah suaminya tanpa sebab syar’ie. Demikian pula jika istri enggan untuk bersafar (melakukan perjalanan) bersama suaminya, mengkhianati suami dan hartanya, membuka dan menampakkan apa yang seharusnya ditutupi dari anggota tubuhnya (aurat), menerima tetamu tanpa izin suaminya, berjalan di tempat umum dan pasar-pasar tanpa mahram, bersenda gurau atau berbicara lemah-lembut penuh mesra kepada lelaki yang bukan mahramnya dan yang lain-lain.

3. Tabarruj
“Wanita-wanita yang dimaksudkan Rasulullah SAW adalah yang memakai pakaian yang tipis yang menampakkan tubuhnya atapun yang menunjukkan bentuk tubuhnya dan tidak menutupinya, maka mereka adalah wanita-wanita yang berpakaian pada zahirnya dan telanjang pada hakikatnya … .” Sabda Rasulullah SAW.
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan-perhiasan mereka.” (Surah An Nur ayat 310)
Tabarruj ialah seorang wanita yang menampakkan perhiasannya dan keindahan tubuhnya serta apa-apa yang wajib ditutupnya dari pandangan lelaki bukan mahramnya.

0 komentar:

Rasulullah SAW melihat Syurga dan Neraka

25.7.13 endahrika 0 Comments

Ternyata wanita lebih mudah masuk surga. Tetapi kenapa banyak juga diantara yang menjadi penghuni neraka?

"Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita." (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Dalam kisah sholat gerhana matahari, Rasulullah SAW dan para sahabatnya melakukan sholat gerhana dengan solat yang panjang, Rasulullah SAW melihat Syurga dan Neraka. Ketika baginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:
" … Dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita."
Para sahabat pun bertanya : "Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?"
Baginda SAW menjawab : "Karana kekufuran mereka."
Kemudian ditanya lagi : "Apakah mereka kufur kepada Allah?"
Baginda menjawab: "Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ " (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
"“ … Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian." (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

0 komentar: